Pagi ni hidup aku serupa macam penganggur. Takda arah tuju. kalau aku ni keja tanam anggur, confirm aku dah jadi petani moden yang berjaya. Kejap baca novel. Lepas tu tengok tv. Lepas tu edit blog yang buruk dan menyakitkan mata ni. Lepas tu stress sebab nak letak pic tak boleh. Katanya kecil sangat. Cehh banyak songeh. Booo. Lepas tu, my favourite hobby isss jeng je jeng, blogwalking lah! Then stress ganda dua sebab post dia baaaanyak gila. sebulan lebih 20 post dia update. tangan apa seyh? Tak penat eh. padahal aku pon macam dia jugak dulu ekeke :P
Tapi story dia serious best. nak nak lagi pasal boyfie dia yang panas baran and kaki mengongkong tu. Fuhhh. aku tengok muka boyfie dia pon rasa cam nak tumbuk lelaju je. Alkisahnya dorang ni jumpa dekat club. So kalau si perempuan ni jenis sosial, sendiri mau faham lah. Adoooyaiii. Jeles tak bertempat noks.
So untuk ubat stress yang aku tempah sendiri tu heee :) aku pon poie lah makan ice cream. Ehem every weekend family aku rajin buat ais krim 20 sen tu. Hiii macam macam perisa. Sedap dap dap. Eh ni makan sendiri sendiri je tauu. Takda maknanya nak jual. Nantilah, tengah free free tunggu result SPM, aku jadi penjual ais krim yang berjaya eh? Huu berangan tak mengagak.
Bukan sesaja nak buang masa okay? aku nak buat part time tapi my mom tak izinkan. padahal banyak je tawaran kerja aku dapat. Dekat Kelab Golf lah. Dekat Putrajaya lah. Tapi takpa aih, muda lagi. esok lusa aku pujuk lah nak kerja. Kan bolehh? Hihi.
Pukul 10.47 aku mandi. Eiii dekat tengah hari baru nak wangi wangi. selebet gila minah ni kan. Hihi :P
Pukul 11.30 aku and adik gerak sekolah. dah lah hujan lepas tu kena jalan kaki pulak. Alaaa lagipun dah biasa. Hujan renyai renyai je kot. Lagi satu, bukannya jauh sangat rumah dengan sekolah. dalam 10 ke 15 minit macam tu, dah sampai.
Terus pergi dekat pak guard sekolah - "Uncle nak tengok list kelas Form 4 and Form 5" Uncle cakap Form 5 je dah keluar. Tengokkan sekali kelas adik member aku. Si Adam tu. Alhamdulillah! Kelas semua stay samaaaa je. takda yang keluar kot. Bila fikir secara logiknya lah kan, kelas MPV ni kebarangkalian nak pindah kelas tu tipis jugak arh. sebab kelas MPV ada 2 buah je. Kalau tak Ikhlas pindah Rajin, mesti Rajin yang masuk Ikhlas. Ye dak? Oh oh crush aku pon stay sama kelas dengan aku jugak. camna ni? Takpa. yang penting dia tak kacau life aku sudah. Kan?
Bila balik aku sambung tengok tv *tak boleh buat bini. harap maklum* Pukul 1.10 baru aku masuk dapur. Hari ni masak simple simple je. Sarapan tadi pon goreng nugget je. Heee. Makan petang ni aku masak kangkung goreng belacan, telur dadar 3 bijik, goreng tauhu and buat sambal tempe. Okay lah tu. ada sayur, ada kuah, ada goreng goreng, ada benda pedas. kalau tak cukup, boleh amik sambal belacan tak pon sambal cili kat peti ais. semua dah ada kat fridge. tinggal nak ngap masuk mulut je. gambar mana, gambar? Alaa masak ni je pon. tak payah lah nak tangkap gambar segala. buat bahan gelak dek reader/s je :)
Tengah masak tu boleh pulak teringat yang aku tak msg kengkawan aku lagi. Alaa dorang suruh aku tengokkan kelas dorang. Aku terus on Fesbuk and msg kat chat grup kiteorang. dorang pon eksaited sebab sekelas! Adam masuk 1 Elit. Lepas tu kemas rumah. Alaa tak buat apapun. setakat sapu sampah, lap habuk yang hado and kemas dapor je. Al-maklumlah, dah masak mestilah berkecah en. Pukul 2.40 semua dah siap. Yeahhh tu yang aku lega niy.
Patut tadi lepas masak aku plan nak belajar. Tapi lepas hadap laptop yeee melencong lah jawabnya ye. Haha. Takdalah, ekceli minachi, otak aku dah blank. That's why duk update blog ni. Don't worry. Pukul 4 aku study ler.
Lagi satu time tengah masak tadi, mama call. Tetiba adik aku dok jerit. macam menang motor aje gayanya. "Ni lah yang dok tunggu tunggu ni!" aku pon terus diselubungi misteri krik krik. Adik cakap mama inform yang sekolah bukak 12 Jan 2015. Aku cakap sinis lah kat dia "Kau dok happy asal apa? Sekolah bukak lambat pon sebab macam macam ujian dah yang datang sekarang ni. Kalau tak, tak ke saja saja je dorang bagi cuti? Dengan banjir lah, kapal terbang hilang lah bagai. Lepas tu kau seronok seronok pulak"
At first aku macam tak percaya. so aku confirm lah dengan kengkawan aku. Pastu kawan aku share pic kat bawah ni. Jadiiii yakinlah sikit kan?
Nampaknya sempat lagi lah na prepare barang sekolah. taktau lah kenapa rasa malas sangat T_T" Takat ni aku baru je balot buku teks and jahit lencana. Lol. Buat masa ni kita kena baaanyak doakan untuk muslimin dan muslimat semua ye. Dunia makin tua. ujian makin banyak menimpa. Kita ni tak habis lagi sedih dengan banjir kritikal sebelum ni. sampai sekolah 3 tingkat habis terbenam. Tambah pulak dengan berita semalam yang kapal terbang QZ8501 dah hilang.
Kita amik dugaan ni sebagai iktibar. Allah dah jelaskan dalam Quran yang tiap dugaan Dia bagi adalah atas sebab dosa kita sendiri. Jadi moh ler kita muhasabah diri ye. Dah cukup ke amalan kita untuk bekalan masa kat kubur nanti? Dah cukup ke iman kita untuk terhindar dari fitnah Dajjal nanti?
Semoga kita sentiasa tabah dan redha dengan ujian ni. Jangan persoalkan atas apa yang dah jadi sebab sebagai orang Islam, kita kena percaya dengan rukun Iman okay?
Sejenak ayat untuk berfikir :-)
Kata rindukan Rasulullah tapi kenapa taknak cuba dapatkan syafaat baginda?
Kata cintakan Allah Taala, tapi kenapa tak amalkan amar makruf nahi mungkar?
Kata sayangkan mak ayah, tapi kenapa tak amalkan didikan agama yang dorang terapkan pada kita?
Kata sayangkan sahabat sahabat kita, tapi kenapa kita biarkan dorang terus terjerumus dengan maksiat yang dorang buat?
Kata sayangkan diri sendiri, tapi kenapa mesti siksa roh kita nanti?
Less talk. More action.
Okay? :D
